PUCHONG – Siapa sangka usaha dan berkat kesungguhan seorang usahawan yang bermula daripada bawah dengan menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah telah membuahkan hasil sehingga mampu memiliki klinik sendiri.
Pengasas Klinik N’Mira, Nyak Amira Natasha Nyak Zurimi berkata, usaha tersebut bermula sejak tahun 2016 bertujuan menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya sendiri.
“Selepas berkahwin dan mendapat izin suami, saya meneruskan kerjaya ini dengan menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
“Meskipun ketika sarat mengandung dan hanya menunggu waktu untuk bersalin anak pertama, saya masih bergerak ke sana ke sini untuk memberikan perkhidmatan rawatan kecantikan terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pembukaan Klinik N’Mira di Dataran Puchong, baru-baru ini.

Bersandarkan minat mendalam pada bidang kecantikan, wanita ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: