PETALING JAYA – MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) mengukuhkan semula komitmen jangka panjangnya terhadap pertumbuhan mampan, perlindungan inklusif dan kecemerlangan operasi selepas melalui setahun transformasi yang menguji daya tahan sektor insurans Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prasheem Seebran berkata transformasi strategik syarikat kekal berteraskan matlamat utamanya iaitu melindungi nyawa, mencipta nilai yang berkekalan dan berkhidmat kepada komuniti dengan empati serta inovasi.
“Tahun 2024 merupakan tahun penentu bagi MCIS Life dan ia adalah tahun yang menonjolkan kemampuan terbaik kami, mengukuhkan nilai-nilai, mempertingkatkan rasa tujuan kami dan mempertajamkan fokus strategik.
“Kami bertindak dengan tangkas, berdisiplin dan mempunyai dorongan berterusan untuk berinovasi serta mencipta impak yang bermakna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Prasheem menerangkan, melalui pelaksanaan berdisiplin dan inovasi, pihaknya muncul lebih kukuh dan berada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: