PETALING JAYA – Citaglobal Bhd (Citaglobal) telah menerima kenyataan minat daripada TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), untuk turut serta dalam pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.
Kawasan potensi kerjasama antara TNB dan Citaglobal termasuklah Project 2GW, sebuah projek ladang solar bernilai AS$2 bilion (RM9.75 bilion) dengan kapasiti dua gigawatt (2GW) di negeri Pahang.
Konsortium dengan pegangan 60:40 untuk Project 2GW itu terdiri daripada Masdar, Citaglobal dan Tiza Global, telah dirasmikan melalui perjanjian pembangunan bersama (JDA) pada 1 Disember lalu.
JDA tersebut telah ditandatangani semasa persidangan United Nations (UN) Climate Change Conference of the Parties (COP 28), dengan pertukaran dokumen JDA yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Mengulas mengenai projek tersebut,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: