PETALING JAYA – Maybank Investment Bank menjangkakan corak pembelian kediaman yang lebih lemah, atau berbeza susulan inisiatif pengecualian duti setem yang diumumkan kerajaan berbanding sewaktu Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dari tahun 2019 hingga 2021.
Penganalisisnya, Wong Wei Sum dalam nota kajian yang diterbitkan semalam berkata, ia disebabkan peningkatan kadar faedah yang menjejaskan kemampuan pembeli.
Jelasnya, pihaknya menganggarkan setiap kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas memberikan peningkatan sebanyak tiga peratus dalam bayaran ansuran bulanan.
“Kami menjangkakan impak yang lebih rendah daripada inisiatif terbaharu ini disebabkan kadar faedah lebih tinggi, yang mana kadar dasar semalaman (OPR) telah dinaikkan sebanyak 50 mata asas tahun ini.
“Selain itu, ketidaktentuan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga boleh menjejaskan sentimen orang ramai untuk melakukan sebarang pembelian besar,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
