Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Trend tempahan hotel catat pertumbuhan luar biasa pada cuti raya 2024

today19 April 2024

Background


PETALING JAYA – Trend percutian, perjalanan domestik dan antarabangsa serta tempahan di hotel-hotel sepanjang cuti hari raya bermula 9 hingga 13 April lalu telah mencatat pertumbuhan luar biasa di luar jangka dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh negara.

Analisis daripada data Trip.com dalam tempoh berkenaanmenunjukkan, tempahan hotel domestik Trip.com untuk Kuala Lumpur meningkat sebanyak 57 peratus dan Pulau Pinang pula mengalami kenaikan sebanyak 24 peratus, manakala Kota Kinabalu menyaksikan lonjakan sebanyak 62 peratus.

Tempahan hotel antarabangsa ke Malaysia dari Singapura meningkat sebanyak 69 peratus, manakala tempahan hotel dari Indonesia juga me­lonjak sebanyak 316 peratus.

Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Stephane Thong berkata, prestasi tersebut bukan sahaja mencerminkan daya tahan industri pelancongan tetapi juga menunjukkan permintaan yang semakin meningkat oleh pengguna untuk keluar melancong.

“Kami tetap komited untuk menyediakan pengalaman…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post