Tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram radio terbabit.
“Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat kami. Kami di 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era baru-baru ini.
“Ini berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan menyinggung hati segelintir pihak dan juga sahabat-sahabat kami yang berbangsa India,” kata Nabil.
Azad yang didakwa melakukan tarian seperti mempermainkan amalan penganut agama Hindu, mengaku kesilapannya.
“Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen ataupun kritikan untuk memperbaiki lagi diri kami terutamanya daripada pendengar setia kami di Era.
“Jadi, sekali lagi kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar yang kami lakukan. Jadi, maaf sangat-sangat daripada kami di 3 Pagi Era,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
