Pengadil Malaysia terus mendapat pengiktirafan selepas Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua pembantunya, Muhammad Zairul Khalil Tan dan Mohamad Mu’azi Zainal Abidin telah dipilih untuk mengadili di Piala Dunia B-20 2025 yang bakal berlangsung di Chile bermula 27 September hingga 19 Oktober nanti.
Trio ini akan membawa nama Malaysia ke pentas dunia sebagai barisan pengadil utama dan penolong pengadil yang akan memastikan kelancaran kejohanan bola sepak berprestij tersebut.

Perkembangan terkini itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut FAM, pemilihan ini adalah satu penghormatan besar serta pengiktirafan tinggi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pengadil Malaysia Terus Jadi Pilihan
Ia juga merupakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
