Site icon Kool FM

Tropicana bangunkan pusat komuniti RM2.5 juta


PETALING JAYA –Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) melancarkan majlis pecah tanah bagi pembangunan Pusat Rehat dan Rekreasi (R&R) Pantai Kok baharu di Langkawi bernilai RM2.5 juta, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hangat, Datuk Juhari Bulat.

Inisiatif dengan kerjasama kerajaan negeri itu bakal menyaksikan pengubahsuaian dan peningkatan kemudahan sedia ada di pusat berkenaan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat Langkawi.

Pusat R&R Pantai Kok terletak di atas tanah seluas 0.49 ekar (0.2 hektar) yang disumbangkan oleh Tropicana dan kerja-kerja pengubahsuaian dijangka siap pada suku tahun ketiga 2022.

Ini termasuk pertambahan kemudahan sedia daripada lima kepada lapan lot komersial selain penambahbaikan kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta.

Pengarah Eksekutif (Projek) Tropicana Khoo Thian Shyang berkata, majlis pecah tanah tersebut menandakan satu lagi pencapaian bagi pihak Tropicana dan menandakan komitmen Kumpulan untuk membina…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version