Site icon Kool FM

Trump Kongsi Video Terima Sambutan Meriah Di Malaysia

Trump Kongsi Video Terima Sambutan Meriah Di Malaysia


Pada 26 Oktober lalu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu di karpet merah, Trump menerima sambutan meriah dengan sajian tarian, sehingga beliau sendiri ikut menari bersama mengikut rentak dan irama yang dimainkan.

Baca Juga:

Menerusi hantaran media sosial terbaharu, Trump dan Rumah Putih berkongsi detik-detik bermakna itu.

“Bersama-sama, kita akan mencipta kemakmuran luar biasa bagi negara-negara di kedua-dua belah Lautan Pasifik, dan merebut peluang baharu untuk semua rakyat kita,” kata Presiden AS.

Trump meninggalkan Malaysia semalam pada 10.06 pagi ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Lawatan Trump menamatkan tempoh sedekad sejak kali terakhir Presiden AS terdahulu mengunjungi Malaysia.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: