Pasukan TRW Kelantan berdepan risiko untuk mengikut jejak langkah Melaka United dan Sarawak United dengan tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Baru-baru ini, pengelola liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi First Instance Body (FIB) telah mengeluarkan senarai senarai kelab yang berjaya mendapatkan lesen kebangsaan dimana 10 pasukan diberikan lesen tanpa sebarang denda, tiga pasukan iaitu Kuala Lumpur City, Kelantan United dan Sabah diberikan lesen berserta hukuman denda RM20,000 atas kesalahan melakukan deklarasi yang salah.
Artikel Berkaitan:
Manakala bagi Kelantan mereka masih tidak diberikan lesen kerana beberapa perkara dimana kelab itu dikenakan denda RM20,000 atas kesalahan tidak mematuhi tempoh masa FIB. Pihak FIB memberikan peluang terakhir sehingga 30 November untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama pemain dan pegawai kelab.
Sepuluh kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala tiga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: