Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Tujuh lelaki termasuk empat penghantar makanan p-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan merosak dan menterbalikkan sebuah Perodua Myvi, Khamis lalu.
Tertuduh, Muhammad Adam Abd Rahim, 18; Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrisson Malvin Anak Mada, 19; Shaikh Al Amin Idrus, 21; Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19; Daniel Haziq Syikhanna, 21; dan Romie Rahimi, 41; membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, semua lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta serta menterbalikkan sebuah Perodua Myvi berwarna biru milik Tan Jing Hui, 21.
Perbuatan itu dilakukan dengan cara menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta terbabit secara beramai-ramai sehingga menyebabkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: