Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Tukang gunting rambut global berhimpun di KL mulai hari ini

today18 September 2024

Background


KUALA LUMPUR – Barber & Salon Expo 2024 yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya dijangka mencatat nilai transaksi dagangan kira-kira RM500,000 daripada program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Pengarah Urusan Retrobee Global Sdn. Bhd. (Retrobee Global) Firdaus Aziz berkata, program yang bertempat di pusat pameran Pavilion Bukit Jalil di sini  akan menghimpunkan pemimpin industri, profesional, usahawan, vendor dan syarikat berkaitan industri berkenaan serta orang ramai yang berminat dalam bidang salun dan juga fesyen rambut.

Menurut beliau, lebih daripada 60 peratus pempamer atau syarikat yang terlibat sebagai pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan bakinya adalah luar negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat dan Jepun.

“Kami akan menghimpun seluruh komuniti dalam industri ini untuk meraikan, mendidik dan berinovasi dalam sektor gunting rambut dan salun selain sebagai dijadikan platform untuk mempamerkan gabungan pelbagai teknik guntingan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post