KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh menukar syiling mereka di pejabat pos menerusi pelancaran Perkhidmatan Pertukaran Syiling KOCEK (KOCEK) hasil kerjasama Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) dan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia).
Perkhidmatan berkenaan kini tersedia di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Kajang 2020 dan Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, sebelum diperluaskan kepada kira-kira 30 cawangan menjelang akhir tahun.
Ia turut ditawarkan di Subang Parade, Berjaya Times Square dan NSK Trade City di Kuchai Lama.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, KOCEK memanfaatkan jejak runcit Pos Malaysia yang meluas.
“Pada masa yang sama, kami memanfaatkan KOCEK untuk menyediakan nilai kepada rakyat Malaysia. Setiap bulan kami mempunyai kira-kira 1.5 juta pelanggan yang hadir ke 632 lokasi kami dan ia akan membantu meningkatkan kesedaran tentang KOCEK.
“KOCEK menyediakan akses mudah dan perkhidmatan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
