Seorang lelaki di China mengalami kecederaan yang jarang berlaku apabila tulang paling kuat di badan iaitu femur patah hanya kerana batuk, lapor Oddity Central.
Insiden ini telah menggemparkan dunia perubatan dengan punca sebenar yang mengejutkan, seperti yang didedahkan oleh Dr Dong Zhong, Pengarah Jabatan Ortopedik di Hospital Rakyat Kedua Wilayah Fujian.
Ye, seorang lelaki berusia 35 tahun, merasakan sakit yang amat sangat selepas mengeluarkan batuk yang kuat.
Pada mulanya, dia menyangka hanya mengalami kekejangan biasa.
Namun, selepas kesukaran untuk berjalan, Ye mendapatkan rawatan perubatan.
Hasil imbasan X-ray menunjukkan bahawa tulang femurnya telah patah, walaupun tiada tanda trauma fizikal.
Dr Dong, yang merawat Ye, menyifatkan keadaan ini sebagai sesuatu yang luar biasa.
“Ketumpatan tulang Ye setara dengan lelaki berusia 80 tahun, sesuatu yang luar biasa walaupun untuk lelaki muda yang tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: