Sebut sahaja nama ‘Highland Towers’, pasti terbayang tragedi runtuhan blok pangsapuri pada tahun 1993 yang pernah menggegarkan negara.
Namun, di sebalik sejarah hitam dan rimbunan hijau yang kini menutupi kawasan tersebut, sebuah tawaran hartanah baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Sebuah rumah banglo yang terletak hanya “sepelaung” dari tapak tragedi tersebut kini dibuka untuk jualan dengan tanda harga RM1.7 juta selepas 15 tahun ditinggalkan menurut sumber.
Apa yang menarik perhatian bukan sekadar harganya yang dianggap kompetitif bagi sebuah unit kediaman di pinggir pusat bandar, tetapi keluasan tanahnya yang mencecah 8,530 kaki persegi iaitu satu saiz yang cukup mewah untuk sebuah kediaman peribadi.

Ejen hartanah bernama Rafiq yang berkongsi perkara itu malah menegaskan si pemilik enggan melepaskan pada harga yang lebih rendah walaupun mempunyai sejarah gelap di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: