Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Nasi Goreng Naik Harga RM1.50 Selepas Sehari, KPDN Siasat Pihak Restoran

today16 August 2024

Background


Baru-baru ini, kecoh sebuah restoran yang mengenakan caj harga makanan yang berbeza pada hari berikut sedangkan pelanggan memesan juadah yang sama hari sebelumnya.

Seorang pengguna FB meluahkan rasa kurang senang dengan caj makanan yang dikenakan oleh sebuah restoran yang mana pada 8 Ogos hanya dikenakan RM9.80 sahaja tetapi pada keesokan hari menunjukkan harga yang lebih mahal iaitu RM11.80 untuk makanan yang sama.

Sumber Gambar: FB El Ukasyah

Kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengambil tindakan segera selepas tular nasi goreng sardin naik harga sebanyak RM1.50 dalam masa sehari memetik Sinar Harian.

KPDN WPKL dalam satu kenyataannya berkata, berdasarkan maklumat aduan membabitkan hantaran di media sosial sepasukan anggota telah digerakkan ke restoran terlibat pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan dibuat susulan dua resit pembelian nasi goreng sardin yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post