Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Poster Pertandingan Buku Skrap Sempena Merdeka Guna Tentera China Undang Kecaman

today19 August 2024

Background


Menurut laporan Bernama, Pengarah JPN Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia telah menyinggung dan mengguris hati banyak pihak.

Beliau turut memohon maaf atas kecuaian guru terbabit yang tidak peka dengan menggunakan gambar templat yang diambil daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan.

“Laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT) berhubung perkara ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kita kesal atas kecuaian yang telah berlaku dan amat berharap semua pihak bersabar dan beri ruang kepada PPD dan JPN untuk jalankan siasatan. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Said berkata guru terbabit didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu pada poster berkenaan dan permohonan maaf telah dibuat guru itu pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post