Kool FM

Tular Video Detik Cemas Dilanda Angin Lintang Ketika Memandu, Netizen Kongsi Tips Untuk Hadapinya


Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang pemandu berhadapan detik cemas apabila pemanduannya terganggu ekoran angin lintang serta hujan lebat di lebuhraya menjadi tular menerusi platform TikTok.

Menerusi hantaran @anna0001114 di laman TikToknya, itu merupakan kali pertama dia dapat melihat puting beliung bersaiz kecil.

Baca Juga:

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di lebuh raya berhampiran Pagoh, Johor.

angin lintang
Sumber Gambar: TikTok @anna0001114

Dalam video tersebut, dapat dilihat dengan jelas keluarga tersebut panik dan terganggu dengan angin kuat yang datang secara tiba-tiba.

“Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan-depan. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu,” tulis kapsyen pada video itu.

Malah, dapat dilihat daun-daun kecil berterbangan dalam bentuk pusaran dengan begitu pantas sekali. Pemandu yang berada di lebuh raya tersebut juga didapati mula memperlahankan kereta masing-masing kerana dikhuatiri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version