Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Video Detik Tembak Menembak Polis Dengan Penjenayah Warga Asing Yang Aktif Menyamun Sejak 2018

today21 August 2024

Background


Satu video tular di media sosial menyaksikan detik cemas tembak menembak antara polis dan penjenayah warga Afrika.

Kejadian berlaku di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor pada jam 6.59 petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain mengesahkan bahawa suspek telah bertindak melepaskan sebanyak lima das tembakan ketika polis mengarahkannya untuk memberhentikan kenderaan.

Suspek merupakan individu yang dikehendaki polis. Dia merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan penjenayah samun di sekitar Lembah Klang. Mereka aktif melakukan aktiviti samun sejak 2018.

Dipetik dari laman Buletin TV3, Suhaily berkata: “Dalam insiden kejar mengejar dua das tembakan telah mengenai kenderaan polis sebelum suspek berjaya ditumpaskan.

“Suspek bergiat aktif dalam kegiatan samun bersenjata api sejak 2018 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 45 kes. Jumlah kerugian sebanyak hampir RM8 juta.”

Polis masih memburu 10 lagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post