Menerusi video yang dimuat naik oleh @akihiro_san28, difahamkan kejadian tersebut dirakam pada 14 September lalu.
Kelihatan ikan paus berwarna hitam itu dijumpai di tengah-tengah laut dipercayai di Pulau Redang, Kuala Terengganu.
Menurut Pensyarah Program Biologi Marin dan Penyelidik Bersekutu di Universiti Malaysia Terengganu iaitu Dr Maizah Mohd Abdullah, penemuan tersebut penting kerana ikan paus seperti itu tidak pernah dijumpai di kawasan berkenaan sebelum ini.
“Spesies ini boleh ditemui di perairan dalam di seluruh dunia, tetapi populasi yang paling hampir dengan perairan Malaysia ialah kawasan Pasifik Utara Barat,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
