Site icon Kool FM

Tular Video Kanak-Kanak Merajuk Sebab Tak Dapat Tempat Pertama Taekwando Undang Tawa Ramai


Tetapi, siapa je yang nak kalah bukan? Semua orang nak jadi pemenang untuk memenangi hadia atau pingat.

Tular pula baru-baru ini memaparkan sebuah video seorang kanak-kanak perempuan yang merajuk dan tak mahu sarung medal gara-gara dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan taekwando.

Menerusi video yang dikongsi oleh @muhammad.bin.muhammad.3, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di podium untuk menerima medal selepas bertanding taekwando.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia kelihatan monyok dari awal video. Rupa-rupanya, dia merajuk kerana tidak berjaya mendapat tempat pertama dan enggan berdiri di podium tempat kedua ketika medal ingin disarungkan kepadanya.

Lebih menghiburkan lagi, kesemua pemenang diminta untuk berdiri sama-sama di podium tempat pertama untuk bergambar di akhir video. Tetapi, kanak-kanak itu tetap merajuk dan beredar dari situ.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version