Menerusi kenyataan rasmi oleh pihak polis di Facebook, Ketua Polis Daerah Nilai, Abdul Malik Hasim memberitahu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan dari pemanggil seorang perempuan Melayu yang memaklumkan terdapat kejadian rompakan bersenjata api.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Nilai telah ditugaskan ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati suspek disyaki yang terlibat seramai 3 orang lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan.
“Yang mana 2 suspek masuk ke dalam premis manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian. Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: