Menerusi video tersebut, seorang lelaki memberitahu pada ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk ke Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan.
Namun, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang tiba-tiba melintas di tepinya membuatkan dia terkejut dan terus membunyikan hon.
Pada awalnya dia tidak menyedari tiada penunggang pada motosikal tersebut, tetapi dia tergerak hati untuk melihat kembali rakaman dashcam dan terkejut selepas melihat rupa-rupanya tiada penunggang pada motosikal tersebut.
“Aku drive dari KL menghala ke Shah Alam, di area Mentari Court, tiba tiba ada motosikal tanpa orang lalu depan aku. Aku hon. Petang ni aku baru free untuk tengok dashcam,” tulisnya.
Difahamkan, penunggang motosikal tersebut telah terjatuh selepas dilanggar motosikal lain dari arah belakang. Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan penunggang itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: