Menerusi klip yang dikongsi oleh pengguna di laman X, kelihatan Fazura mendendangkan lagu tersebut seorang diri dalam siaran langsung di program temu bual, SEA Today News.
Walau bagaimanapun nyanyiannya itu dikatakan kurang enak didengar dan majoriti netizen berpendapat aktres itu hanya perlu menumpukan fokusnya dalam bidang lakonan dan perniagaan sahaja.
Menurut SEA Today News dalam segmen Sea The Stories, Fazura berkongsi kisah tentang proses pembuatan lagu tersebut, konten media sosialnya yang terus-menerus menunjukkan solidariti buat Palestin dan persamaan antara masyarakat Indonesia dan Malaysia.
Namun begitu, kualiti nyanyian Fazura dalam video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ramai berpendapat pelakon itu perlu menghadiri kelas vokal untuk mempelajari cara nyanyian yang betul. Malah, ada yang mencadangkannya supaya miming sahaja.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: