Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Video Pemuda Cedera Dibelasah Sekumpulan Lelaki, Didakwa Kantoi Berskandal?

today22 April 2025

Background


Menerusi perkongsian video daripada Mohd Firdaus di Facebook, mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh kira-kira lima hingga tujuh individu.

Dalam rakaman video berdurasi 35 saat dan satu minit 22 saat itu, mangsa dilihat dipegang oleh beberapa lelaki sebelum ditumbuk dan disepak pada bahagian muka, dada serta anggota badan lain.

Salah satu video turut memaparkan tindakan kejam salah seorang suspek yang menumbuk dan menendang alat sulit mangsa.

Insiden terbabit mengundang kemarahan netizen yang memenuhi ruangan komen dengan kecaman terhadap tindakan sekumpulan remaja itu. Mereka turut menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kejadian tersebut dengan segera.

Menurut laporan Buletin TV3, PDRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu dalam masa terdekat.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post