Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Video Taiyuddin Bakar Niaga Tepi Jalan Di Seri Kembangan

today25 August 2025

Background
[VIDEO] Taiyuddin Bakar Meniaga Nasi Berlauk RM5 Di Tepi Jalan Seri Kembangan


Tular sebuah video memaparkan pelakon, Taiyuddin Bakar menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis nasi berlauk di tepi jalan, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Taiyuddin Bakar Buat Sujud Syukur, Bakal Jadi Ayah Selepas 9 Tahun Berumah Tangga

Artikel Berkaitan: Taiyuddin Bakar Bergelar Vokalis Band Uncure, Bakal Adakan Showcase Solidariti Untuk Saudara Islam 

Niaga tepi jalan

Menerusi muat naik di TikTok, individu dikenali Rief Syarafuddin berkongsi video dirinya bertemu dengan aktor itu yang sedang berniaga di kawasan Seri Kembangan, Selangor.

Kata Rief, Taiyuddin menjual pelbagai nasi berlauk dengan harga RM5 sebungkus dengan pilihan lauk seperti ayam berlado, bilis petai dan lain-lain.

Abang Taiyuddin yang terkenal dengan tagline ‘Apa Celop Toq‘ niaga di sebelah McD Taman Equine

Insya-Allah semua ni sedap.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai respon daripada kalangan netizen yang rata-rata memberi sokongan terhadap selebriti itu.

Komen netizen

Sumber: TikTok

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post