Site icon Kool FM

Tular Video Wanita Datang Ketuk Pintu ‘Random’ Rumah Penduduk


Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, individu berkenaan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati.

Malah, individu berkenaan memberitahu berkemungkinan wanita terbabit juga cuba untuk memukau mangsanya agar menyerahkan wang yang diminta. Justeru orang ramai dinasihati agar tidak membuka pintu rumah kepadanya.

“Pukau kuat ni, keje nak dapat RM100 pun sakit ni nak bagi RM100, RM150. Kalau bagi memang kena lah tu,”
 tulis individu tersebut.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut dan mengingatkan orang ramai agar memaklumkan perkara terbabit kepada balai polis berdekatan.

“Pohon untuk memaklumkan kepada balai yang berdekatan atau terus membuat laporan polis jika didatangi oleh individu tersebut atau mana-mana individu yang berkemungkinan akan melakukan jenayah,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version