Site icon Kool FM

Tun Mahathir Jelaskan Kenapa Kapal Israel Dibenarkan Berlabuh Pada 2002


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pada 2002 membenarkan syarikat perkapalan yang beroperasi di Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd, berlabuh di pelabuhan Malaysia kerana berharap konflik diantara Israel-Palestin dapat diselesaikan melalui proses damai pada masa itu.

Beliau menambah bahawa kerajaan Malaysia pada masa itu juga membenarkan pasukan kriket Israel menyertai kejohanan antarabangsa di sini untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa perbezaan agama tidak membuatkan kita musuh.

Artikel Berkaitan:

“Malangnya, semua usaha itu jelas sia-sia kerana Israel terus menunjukkan kebiadabannya dengan membunuh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan untuk melarang kapal ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version