Manchester City tidak berdepan masalah untuk mara ke final Piala Dunia Kelab 2023 selepas menewaskan wakil Asia, Urawa Red Diamonds 3-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di King Abdullah Sports City, Jeddah awal pagi tadi.
Menanti juara Eropah itu di pentas final ialah Fluminense dari Brazil yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan hasil kemenangan 2-0 ke atas Al Ahly (Mesir).
Artikel Berkaitan:
Manakala, Urawa Red pula akan bertemu Al Ahly bagi penentuan merebut tempat ke-3/4.
Tidak dapat menurunkan penyerang prolifik, Erling Haaland yang masih dibelenggu kecederaan menyaksikan Pep Guardiola menyandarkan harapan buat Matheus Nunes dan Bernardo Silva.
Percaturan itu dilihat membuahkan hasil apabila gandingan dari Portugal tersebut memainkan peranan baik dalam memporak-perandakan barisan pertahanan Urawa Red.
Namun walaupun menguasai sebahagian besar permainan, Manchester City yang pertama kali beraksi dalam kejohanan ini hanya mampu membuka tirai jaringan pada masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
