Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tunggang Insiden Gajah Untuk Raih Keuntungan Cetus Amarah Ramai

today14 May 2025

Background
gajah


Baru-baru ini insiden seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun ditemui mati selepas dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli telah meruntun hati netizen.

Bagaimanapun, di dalam kecelakaan itu, ada pula yang cuba menunggang insiden tersebut dalam meraih keuntungan mudah daripada orang ramai.

Seperti yang tular di platform X, seorang individu telah berkongsi satu gambar yang dipercayai didapati di TikTok yang mana wujud sebahagian individu mula menjual baju yang memaparkan teks dan grafik berkaitan insiden terbabit.

“Tiada cinta tulus selain cinta ibu kepada anak-anaknya,” tertera ayat memainkan emosi pada yang melihatnya bersama grafik lori di samping sosok ibu gajah bersama anaknya.

Berdasarkan pemerhatian, baju ini sedia dijual pada harga sekitar RM25 sahaja.

@super.jimat

♬ bunyi asal – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂ – ꧁…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post