
Skuad kebangsaan Tunisia menjadi pasukan Arab pertama yang sah tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 selepas mengalami kekalahan memalukan 4-0 di tangan Jepun dalam aksi kedua peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium ‘BVBA’, pada Ahad, petik CNN Arab.
Kekalahan besar ini bukan sahaja menutup peluang skuad ‘Eagles of Carthage’ untuk mara ke pusingan kedua, malah ia turut mencetuskan amukan daripada bekas pemain legenda mereka, Hatem Trabelsi, yang menyifatkan bola sepak negara itu kini sedang melalui satu ‘mimpi ngeri’.
Pesta Gol ‘Samurai Biru’ Ranapkan Tunisia
Jepun, yang terkenal dengan gelaran ‘Samurai Blue’, tidak menunggu lama untuk merobek gawang Tunisia apabila Daichi Kamada membuka tirai jaringan seawal minit ke-4.
Tunisia terus rapuh apabila penyerang berbisa Jepun, Ayase Ueda, meledak dua gol masing-masing pada minit ke-31 dan ke-69, sebelum Junya Ito melengkapkan malam gemilang Jepun dengan gol keempat pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
