PETALING JAYA – SG Academy salah sebuah institusi peneraju Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah memperkenalkan satu lagi program berasaskan kulinari dikenali sebagai Smart Chefs.
Program tersebut merupakan kerjasama strategik antara institusi berkenaan dengan Bangi Resort Hotel yang kini diiktiraf sebagai pusat bertauliah TVET.
Ketua TVET SG Academy, R. Senthil Mageswaran berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada langkah memperkasa pendidikan kulinari negara melalui integrasi teknologi canggih dan amalan lestari.
Malah katanya, ia juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai teras pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Jelas beliau, kerjasama itu juga membuka laluan ke peringkat antarabangsa apabila SG Academy dan Bangi Resort Hotel merancang memperluas model latihan tersebut ke rantau ASEAN.
“Dengan ini, pelajar akan didedahkan kepada konsep Smart Chefs, iaitu pendekatan baharu yang menggabungkan kemahiran sains kulinari,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: