Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jenama kasino besar Amerika Syarikat, Wynn Resorts bakal melebarkan perniagaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) – negara yang sebelum ini tidak membenarkan aktiviti perjudian. Syarikat yang bertapak di Nevada sebelum ini mengumumkan bahawa perjanjian berbilion dolar dengan UAE bakal menyaksikan syarikat itu membuka hotel mewah dengan 1,000 bilik, 10 restoran dan kemudahan ‘perjudian’ di bandar Ras al-Khaimah.
Pengumuman ini dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Kemajuan Pelancongan Ras al-Khaimah yang memperkenalkan bahagian baharu, dipanggil Jabatan Hiburan dan Peraturan Perjudian, yang akan mengawal selia ‘resort bersepadu’ yang merangkumi operasi hotel, ruang hiburan, restoran, spa, kedai runcit, kawasan konvensyen dan aktiviti ‘perjudian’.
Menurut laporan media antarabangsa, sehingga kini pihak Ras al-Khaimah tidak mengulas lanjut mengenai ‘perjudian’ yang dimaksudkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: