Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ubat Melalui Pos boleh dibayar secara dalam talian

today14 June 2024

Background


PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KiplePay mengumumkan pelancaran sistem pembayaran dalam talian untuk perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

Penambahbaikan tersebut mencerminkan komitmen bersama untuk memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sistem kesihatan bagi rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keupayaan terhad untuk mengunjungi fasiliti kesihatan.

Ciri pembayaran dalam talian itu diintegrasikan melalui gerbang pembayaran Pos Malaysia ke dalam aplikasi MyUBAT KKM, membolehkan pesakit membuat pembayaran yang selamat dan mudah dari mana-mana sahaja.

Sistem ini menyokong pelbagai kaedah pembayaran, termasuk kad kredit dan debit serta perbankan dalam talian, memastikan proses transaksi yang lancar bagi semua pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, inisiatif ini merupakan bukti komitmen mereka terhadap inovasi dan kebolehcapaian dalam penjagaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post