Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Luis Campos, mendedahkan bahawa Neymar telah diberikan ayat perpisahan yang mengejutkan pada musim panas 2023 oleh ketua jurulatih, Luis Enrique.
Dengan kehadiran Enrique, PSG memulakan projek baharu di bawah kendalian jurulatih Sepanyol tersebut dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bakat muda berbanding berbelanja besar untuk pemain bintang.
Baca Juga:
Enrique telah dilantik sebagai pengurus baharu PSG pada 2023 dan hanya berselang sebulan kemudian, Neymar pula dijual kepada gergasi Liga Pro Saudi, Al-Hilal dengan nilai €90 juta.
Pemain Brazil itu memenangi lima kejuaraan Ligue 1 sepanjang enam tahun bersama kelab ibu kota Perancis tersebut, namun dengan kehadirannya bersama Kylian Mbappe dan Lionel Messi, PSG masih gagal menjuarai Liga Juara-Juara.
Sehubungan dengan itu, Luis Enrique yang hadir dengan projek baharu buat PSG dilihat ‘amat mengalu-alukan’ pemergian Neymar ke Arab Saudi.
Neymar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: