Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ucapan Salam Di Kubur Arwah Abah Tiba-Tiba Dijawab Oleh Suara Misteri

today28 March 2024

Background


Pada 21 Mac lalu, satu kejadian yang mengejutkan telah dirakam oleh seorang individu semasa dia menziarahi pusara arwah bapanya di Batu Pahat, Johor.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wanie, 32 tahun, telah secara tidak sengaja merakam suara ‘misteri’ yang seolah-olah seseorang menjawab salam dalam video yang dimuat naik ke laman media sosial TikTok.

Menurut laporan mStar, Wanie berkongsi bahawa kejadian itu berlaku semasa dia bersama ahli keluarganya melakukan rutin ziarah ke kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 12 September 2022.

Wanie menyatakan bahawa dia dan keluarganya kerap menziarahi pusara tersebut, mengikut amalan yang disunatkan seperti petang Khamis selepas Asar dan hari Jumaat.

Dalam keterangan yang diberikan oleh Wanie, dia menjelaskan bahawa suara yang direkodkan itu didengari ketika dia memberikan salam kepada arwah bapanya.

@mua_wanie92

Sesungguhnya merindui mereka yang telah tiada sangat menyesakkan jiwa 😭 . Alfatihah buat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post