PETALING JAYA – Syarikat hartanah, UDA Holdings Berhad (UDA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd. (CIDBEC), anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan British Standards Institution (BSI) Malaysia pada Jumaat.
Menerusi MoU tersebut, UDA mengeratkan jalinan kerjasama dengan CIDBEC dan BSI Malaysia dalam menyediakan latihan kepada kakitangan dan vendor berdaftar UDA sebagai persediaan menggerakkan pelaksanaan Pemodelan Maklumat Pembangunan (BIM).
Walaupun kesedaran tentang BIM di Malaysia kian meningkat, pengetahuan dalam mengendalikan dan mengaplikasikan kaedah BIM dalam kalangan penggerak industri pembinaan masih rendah.
Tinjauan BIM oleh UDA pada Julai 2021 mendapati penggunaan BIM dalam kalangan vendornya agak rendah dan salah satu punca adalah kerana kos yang tinggi untuk latihan BIM.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany berkata, selari hasrat kerajaan mengadaptasi evolusi perindustrian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: