
PETALING JAYA – UDA Holdings Berhad (UDA) terus memperkukuhkan momentum pembangunan hartanah di pasaran Johor menerusi sambutan memberangsangkan terhadap projek kediaman premium, UDA Heights yang kini hampir 80 peratus terjual.
Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Azrudyn Rashid berkata, lebih 70 pembeli telah menerima kunci pada Majlis Penyerahan Kunci UDA Heights yang diadakan baru-baru ini dan lebih membanggakan, projek itu berjaya disiapkan dua bulan lebih awal.
“Ia mencerminkan komitmen kami dalam memastikan pelaksanaan projek yang cekap dan berkualiti.
“Pencapaian ini juga menjadi pemangkin kepada UDA untuk terus komited dalam membangunkan projek berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran hartanah negara serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
UDA Heights yang terletak di lokasi strategik di Bandar UDA Utama, Johor Bahru menawarkan dua jenis kediaman iaitu banglo enam bilik tidur serta enam bilik air dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: