
PETALING JAYA – UDA Holdings Berhad (UDA) memperuntukkan lebih RM2 juta tahun ini untuk menyokong inisiatif pemerkasaan usahawan tempatan.
Naib Presiden Kanan, Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Mohd. Nazri Jamiran berkata, ia bakal dilaksanakan menerusi beberapa program utama termasuk Program Insentif Usahawan UDA, UDA One Stop Retail Centre, UDA Craft Corner dan penyediaan ruang niaga di bawah Malaysia Entrepreneur Hub.
Jelasnya, inisiatif berkenaan dijangka memanfaatkan seramai 625 usahawan selari dengan strategi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah Teras D, iaitu Perluasan Akses Pasaran dan Adaptasi Teknologi.
“Pendekatan ini dirangka secara holistik dengan lebih berstruktur dan berfasa bagi memastikan usahawan mendapat akses pasaran yang lebih luas serta laluan perkembangan perniagaan yang mampan.
“Pada masa sama, pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan aspirasi kementerian untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan dan menjadikan Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: