Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

UDA salur RM60,000 bantu pelajar asnaf di Johor

today9 January 2026

Background


PETALING JAYA – UDA Holdings Berhad (UDA)menyalurkan zakat wakalah berjumlah RM60,000 bagi membantu 200 pelajar asnaf menerusi program UDA Cares; Educational – Back to School 2026 yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall, kelmarin.

Inisiatif tahunan UDA itu menyediakan peruntukan RM300 kepada setiap pelajar penerima untuk membeli kelengkapan persekolahan di pusat beli belah tersebut, selain sumbangan beg sekolah, alat tulis, pensel warna dan bekas minuman sebagai sokongan menyeluruh terhadap keperluan pembelajaran mereka.

Kesemua penerima merupakan pelajar terpilih daripada 10 buah sekolah rendah di sekitar wilayah pembangunan UDA iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Danga; SK Kompleks UDA; SK UDA 2; SK Kampung Pasir; SK Pengkalan Rinting; SK Tasek Utara; SK Taman Cempaka; SK Seri Kenanga; SK Seri Melati serta SK Perumahan Tampoi 2.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Azrudyn Rashid berkata, pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post