PETALING JAYA – Syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset dan fasiliti di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), UDA Holdings Berhad (UDA) terus giat menghulurkan bantuan kepada komuniti terkesan akibat banjir di seluruh negara dengan penyaluran sumbangan tambahan berjumlah RM85,000 berupa barangan keperluan asas seperti toto dan makanan.
Ini menjadikan sumbangan terkumpul UDA bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini berjumlah RM135,000 setakat semalam.
Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan bantuan ke beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor iaitu di Klang, Kuala Selangor, Kapar dan Kota Raja pada 23 Disember lalu.
“Ketika dalam perjalanan menghantar bantuan ke Kuala Selangor, kami berkesempatan menyantuni tiga keluarga iaitu Mazlan Md. Isa, Khairiah Kamarudin dan Rahim Kamarudin yang terkandas di Jalan Sepakat, Kampung Parit Mahang, Jeram.
“Sebelum itu, UDA…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
