UEFA telah menjatuhkan hukuman penutupan separa stadium ke atas Marseille berikutan beberapa insiden dalam kekalahan 1-0 mereka di laman sendiri kepada Atalanta dalam Liga Juara-Juara, umum badan induk bola sepak Eropah itu pada hari Sabtu.
Penyokong tuan rumah di Stade Velodrome pada 5 November telah menyalakan suar, membaling projektil dan menggunakan laser.
UEFA mendenda Marseille 71,000 euro (RM341,000) dan mengarahkan mereka menutup sebahagian daripada tempat duduk selatan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Newcastle (Newcastle United) pada 25 November.
Jurulatih penjaga gol, Alexandre Salvat, telah diberikan penggantungan dua perlawanan kerana menghina pegawai perlawanan semasa perlawanan Atalanta.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: