PETALING JAYA – UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat
pengurusan aset dan penyelesaian Infrastruktur, mencatat keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM45.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022), berbanding RM43.4 juta pada tahun sebelumnya (TK2021).
Prestasi ini yang terus kekal berada di landasan yang tepat dengan mengisytiharkan dividen interim peringkat pertama yang lebih tinggi
sebanyak empat sen sesaham bagi TK2022, memberikan hasil dividen sebanyak 4.2% kepada pemegang saham (berbanding harga saham dagangan terakhir pada 27 Feb 2023).
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syahrunizam Samsudin berkata, berdasarkan kejayaan kontrak dan pertumbuhan antarabangsa, pendapatan meningkat
sebanyak 10.1 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Keuntungan bersih yang dinormalisasi pada TK2022 dicatatkan meningkat kepada RM62.9 juta berbanding RM57.3 juta pada TK2021.
Menurut beliau, barisan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: