Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

UEM Sunrise umum dividen lebih tinggi, 1.43 sen sesaham

today27 February 2026

Background


PETALING JAYA – UEM Sunrise Berhad menutup tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (TK2025) dengan kedudukan kukuh, melepasi sasaran jualan dan pelancaran nilai pembangunan kasarnya (GDV).

Hasil meningkat 27 peratus kepada RM1.7 bilion, didorong terutamanya oleh hasil pembangunan hartanah yang mampan sebanyak RM1.2 bilion.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (PATANCI) berjumlah RM71 juta selepas mengiktiraf pelarasan bukan operasi dan bukan tunai berjumlah RM50.5 juta. Tidak termasuk pelarasan ini, PATANCI TK2025 berjumlah RM121.5 juta.

Lembaga Pengarah telah mencadangkan jumlah dividen sebanyak 1.43 sen sesaham, mewakili pengagihan sebanyak RM72.5 juta berbanding 1.24 sen sesaham pada TK2024, mencerminkan komitmen berterusan dalam memberikan pulangan pemegang saham yang mampan.

Sepanjang tahun tersebut, UEM Sunrise mencapai jualan sebanyak RM1.4 bilion, melebihi sasaran RM1.05 bilion sebanyak 35 peratus.

Syarikat turut melancarkan lapan projek tahun lalu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post