CYBERJAYA – Ugo Inc mahu menjadikan kerjasamanya dengan Leave A Nest Malaysia sebagai platform terbaik untuk meluaskan penguasaan pasarannya ke seluruh negara dan seterusnya ke negara jiran di rantau Asia Tenggara.
Ugo Inc yang berpangkalan di Tokyo, Jepun adalah pengeluar robot dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) khusus digunakan untuk persekitaran yang sukar dilalui manusia dan juga berunsurkan senyap bersesuaian untuk kegunaan di pusat penjagaan kesihatan dan juga hotel, malah ia juga berfungsi melaksanakan kerja-kerja kawalan keselamatan dalam sesebuah premis.
Ketua Pegawai Operasinya, Kenta Nakagawa berkata, ini adalah peluang terbaharu syarikat menembusi pasaran di luar Jepun dan mendapati keperluan pelanggan daripada kumpulan sasarannya untuk menggunakan robot yang dikenali sebagai Ugo Mini semakin menggalakkan.

Menurut beliau, robot dengan ketinggian yang seberat 16 kilogram dan ketinggian 68 sentimeter (cm) itu bersesuaian untuk digunakan dalam sektor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: