
Pada pagi tadi pengguna pengangkutan awam LRT meluahkan rasa tidak puas hati apabila operasi tren bermasalah sehingga lewat tiba ke pejabat pada hari pertama puasa hari ini.
Ditambah pula perkhidmatan e-hailing yang terhad dan mengenakan caj waktu puncak.
Baca Juga:
Ia menyebabkan ramai pengguna LRT berasa sangat kecewa dengan insiden berlaku.
Sementara itu, menerusi hantaran rasmi media sosial Rapid KL, perkhidmatan Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan kerana gangguan sistem semboyan (Signalling) yang berlaku di antara Stesen Gombak dan Stesen Ampang Park.
Oleh kerana itu, tiada perkhidmatan tren dari Stesen Gombak ke Stesen KLCC buat sementara waktu. Para penumpang diminta untuk mendapatkan pengangkutan alternatif lain bagi meneruskan perjalanan ke destinasi.
Menerusi kemas kini terbaharu, pihak Rapid KL memaklumkan gangguan perkhidmatan laluan yang terjejas sudah berjaya dipulihkan dan gangguan telah kembali beroperasi seperti biasa.
Jika anda…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: