PETALING JAYA – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bekerjasama dengan LabBase untuk membantu graduan universiti berkenaan mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing.
Timbalan Dekan Siswazah Fakulti Sains Teknologi UKM, Prof Madya Dr. Abdul Munir Ab. Murad berkata, melalui usaha sama tersebut, Lab Base bakal menjadi platform padanan kerja buat graduan Ijazah sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dengan lebih 700 syarikat berteknologi tinggi dari Jepun.
Menurut beliau, pihak universiti berbesar hati dengan kerjasama yang dimeterai antara dua pihak berkenaan akan memberi kelebihan kepada pelajar di Fakulti Sains dan Teknologi untuk meneroka satu peluang besar dengan menawarkan peluang pekerjaan atau penyelidikan syarikat-syarikat dari Jepun.
“Kerjasama ini bakal membantu lepasan graduan mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang pengajian.

“Buat masa sekarang, kita kekurangan syarikat penyelidik dalam sektor teknologi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
