Site icon Kool FM

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu, 10 April 2024


Umat ​​Islam di Malaysia akan menyambut hari Raya Aidilfitri pada esok (Rabu 10 April 2024).

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!

Baca lagi →

Baca Juga:

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” ujarnya.

Pengumuman tarikh 1 Syawal itu dibuat menerusi siaran di televisyen.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua!