KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW dan pengeluar minyak pelincir jenama Grantt, UMW Grantt International Sdn. Bhd. (UMW Grantt) memperkenalkan Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Grantt pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2023 di sini hari ini.
Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii.
Gris tersebut merupakan produk pertama seumpamanya yang dikomersialkan di negara ini, dibangunkan menerusi kerjasama UMW Grantt dan UMW Innovation and R&D Centre Sdn. Bhd. bersama Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah.
Ia diedarkan dalam pembungkusan 400 gram dan disasarkan untuk kegunaan noindustri di mana terdapat risiko sentuhan dengan makanan seperti dalam sektor makanan dan minuman (F&B), pertanian, farmaseutikal serta kosmetik.
Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Grantt memenuhi pelbagai piawaian antarabangsa seperti DIN 51825, OECD 301B…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
