Site icon Kool FM

UMW jual 38,223 kenderaan bulan lalu


PETALING JAYA – Momentum jualan automotif Kumpulan UMW terus kukuh pada bulan September 2023 dengan pendaftaran sebanyak 38,223 kenderaan, didorong oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua yang terus memenuhi pesanan tertunggak mereka.

Bagi sembilan bulan pertama 2023, jualan automotif Kumpulan meningkat sebanyak 16 peratus kepada 309,738 unit, daripada 267,226 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2022.

Setakat September 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 76,511 unit, lapan peratus lebih tinggi daripada tahun lalu, dengan penguasaan pasaran sebanyak 13.4 peratus.

Bagi meningkatkan lagi barisan modelnya, UMWT memperkenalkan Toyota Yaris yang dikemaskini pada 18 September 2023 yang menampilkan penambahbaikan penggayaan, teknologi baharu dan reka bentuk dalaman segar.

Sementara itu, jualan Perodua melonjak kepada 233,227 unit, peningkatan 19 peratus berbanding tahun sebelumnya sehingga bulan September 2023, untuk mencapai bahagian pasaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version